Tuesday, 26 May 2015

Filled Under:

LUAHAN KECEWA APEX BILA PEMINAT SERANG INSTAGRAM ISTERINYA

Mungkin rasa kecewa Kelantan kalah kepada Lions XII di Final Piala FA 2015 baru-baru ini masih belum hilang bagi sesetengah penyokong. Ada antara mereka yang menyalahkan pemain, ada juga yang menyalahkan percaturan jurulatih dan sebagainya.
Luahan kecewa Apex bila peminat serang Instagram isterinya – Pada ammboi, itu adalah lumrah. Menang dipuji, kalah dikeji. Namun kalau ia sampai melibatkan ahli keluarga pemain sudah tentu ia amat melampau.
Apa yang ammboi ceritakan disini adalah berkaitan isu segelintir penyokong yang telah ‘serang’ Instagram isteri kepada penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi atau dikenali dengan panggilan Apex selepas kecewa dengan kekalahan Kelantan. Tindakan itu memang melampau dan ia mendapat kritikan dari orang ramai.
Ada yang terkilan dengan serangan berkenaan apatah lagi ketika ini isteri Apex, Leuniey Natasha sedang sarat hamil. Mereka mengecam tidakan bodoh itu dan berharap ia dihentikan. Mereka juga tidak putus-putus berikan sokongan kepada Apex dan Leuniey serta berharap pasangan itu abaikan sahaja kata-kata negatif berkenaan.
Dalam pada itu, Apex juga kecewa dengan tindakan penyokong melampau itu. Dalam satu kenyataan, Apex telah memohon maaf diatas kekalahan berkenaan dan menghampakan peminat Kelantan. Katanya, dia turut rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Apex juga meminta mereka yang tidak berpuas hati itu agar menghormati isterinya yang sedang hamil.
LUAHAN KECEWA APEX BILA PEMINAT SERANG INSTAGRAM ISTERINYA 4
“Bukan kami yg meminta ini semua ini terjadi tetapi ini sudah ketentuan ilahi,kami berusaha utk menjadi juara tetapi ianya bukan milik kami.maafkan kami kerana menghampakan harapan semua.rasa bersalah lahir dari diri ini tetapi allah lebih mengatahui.siapa lah kami yg mampu melawan takdir ilahi.YANG MANE TAK PUAS HATI NAK KOMEN NEGATIF TU PERGI LA KOMEN DEKAT IG AKU HORMATI DAN KESIAN LAH DEKAT WIFE AKU YG TGH PREGNANT TU.” – Apex
Dalam pada itu, kelihatan status terbaru Leuniey mengenai isu tersebut. Nampaknya Leuniey tidak terkesan dengan komen negatif yang ditujukan kepada suaminya.
LUAHAN KECEWA APEX BILA PEMINAT SERANG INSTAGRAM ISTERINYA 5
“Waaa lindu sudahh kami bertiga kat daddy , Penat semalam belum habis lagi tapi untuk HM, untuk berkhidmat demi negara, untuk mencari rezeki demi sesuap nasi, demi family, hanya tuan empunya badan tau betapa perihnya mencari rezeki dengan menangkap sebiji bola dan bila MENANG KAMU SANJUNG SANJUNG BELIAU DAN BILA KALAH KAMU MAKI MAKI BELIAU, dia hanya seorang insan yang biasa pada mata saya SEORANG INSAN YANG CUKUP BERJAYA DAN ALHAMDULILLAH BANYAK BERJASA UNTUK NEGARA, saya amat bangga dan akan selalu berada di pihaknya.” – Leuniey
LUAHAN KECEWA APEX BILA PEMINAT SERANG INSTAGRAM ISTERINYA
Betul kata Leuniey. Bila menang disanjung dan bila kalah dimaki. Pada ammboi itulah resam dunia sukan terutamanya bola sepak. Mana-mana pemain bintang pun kalau kalah akan berdepan dengan situasi ini. Jadi, tabahkan hati, kuatkan semangat. Insya Allah, semuanya akan dipermudahkan.

sumber : ammboi blog




0 comments:

Post a Comment